Pengikut

Rabu, 6 Jun 2012

Ron97 turun 10sen. Puak pakatan tak tahu bersyukur.

Salam, 

KUALA LUMPUR: Berkuat kuasa jam 12 tengah malam tadi harga petrol RON97 turun 10 sen, menjadikan harga bahan bakar itu RM2.80 seliter.
Pengerusi Persatuan Pengusaha Stesen Minyak (PDAM), Datuk Hashim Othman berkata, penurunan harga itu selaras dengan harga pasaran semasa dunia.
“Eloklah harganya turun, ia boleh mengurangkan beban pengguna petrol RON97, walaupun hanya 10 sen, sekurang-kurangnya ia ada penurunan,” katanya malam tadi.
Sejak awal tahun ini, petrol RON97 telah mengalami empat kenaikan sehingga mencecah harga semasa RM2.90 seliter. Bagaimanapun, harga petrol RON95 kekal pada RM1.90 seliter. - Bernama



Puak-puak pakatan meroyan selepas kerajaan membuat pengumuman ini, sebagai orang ISLAM puak pakatan haruslah mengucapkan kalimah syukur ALHAMDULILLAH bukannya menuduh kerajaan pancing undi atau gula-gula.

Bila kerajaan umum harga minyak ron97 turun, puak pakatan tanya pulak "kenapa tak turun RON95? Mana ada rakyat biasa macam kami guna ron97!!."

Habis tu masa ron97 naik empat kali berturut-turut dulu, pasai apa hangpa yang kalut kata kerajaan zalim dan tak bertimbang rasa?? Padahal takdak kena mengena dengan hangpa pun minyak ron97 tu....

Itu la sikap puak pembangkang nak harom.. semua kerajaan buat nampak salah di mata. Kerana apa? 

Kerana perjuangan PR bukan untuk rakyat tetapi kerana dendam kesumat semata-mata...

p/s : alhamdulillah syukur walaupun gua pakai basikal je....


1 ulasan:

  1. Bila kerajaan umum harga minyak ron97 turun, puak pakatan tanya pulak "kenapa tak turun RON95? Mana ada rakyat biasa macam kami guna ron97!!."


    Habis tu masa ron97 naik empat kali berturut-turut dulu, pasai apa hangpa yang kalut kata kerajaan zalim dan tak bertimbang rasa?? Padahal takdak kena mengena dengan hangpa pun minyak ron97 tu....

    Hahaha..terbaikkk la bro..tp puak pembangkang ni kita ckp apa pun bkn depa bole terima..minda diorg dah disetkan mcm tu..apa jg kebaikan yg kerajaan buat tetap nampak keburukan di mata mereka..

    BalasPadam

Sendiri komen, sendiri tanggung

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...