Pengikut

Selasa, 12 Jun 2012

Edisi WWW1 : Nizar mula akur?

Salam 1Malaysia,






Setelah di asak depan belakang, nizar lambai mula bertindak untuk mengadap Sultan Johor Sultan Ibrahim.


Mungkin kerana risau seteleh melihat ribuan rakyat Johor tetap berdiri teguh di belakang Sultan Johor.








Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan memohon mengadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail dan bersedia meminta maaf supaya kontroversi isu bidaan nombor pendaftaran WWW 1 yang berlaku dapat dihentikan.
Beliau akan menghantar surat memohon mengadap kepada sultan Johor pada bila-bila masa sahaja.
“Surat akan dimajukan kepada istana, untuk kita kemukakan permohonan mengadap,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen, hari ini.
Ketika ditanya mengapa beliau mahu memohon maaf, sedangkan beliau sendiri mempertahankan kenyataan ‘tweetnya’ langsung tidak menggambarkan penghinaan kepada Sultan Johor, beliau berkata itulah sifatnya sebagai seorang rakyat.
Katanya, tidak salah untuknya memohon maaf dan itu merupakan sifat yang mulia.
Terdahulu, Nizar menyatakan pandangan sebagai seorang rakyat di dalam ‘tweet’ dan tidak bermaksud untuk mempertikaikan tindakan Sultan Ibrahim Ismail menawarkan bidaan tertinggi sebanyak RM520,000 sebaliknya kenyataan itu dibuat secara umum.
“Itu hanya pandangan saya sebagai rakyat biasa yang melihat senario di negara ini bahawa masih ramai yang hidup dalam kesempitan dan memerlukan perhatian,” katanya.
Sementara itu, beliau tidak teragak-agak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar Utusan dan TV3 kerana telah membuat tuduhan palsu ke atasnya.
Tindakan itu, katanya berlandaskan kenyataan palsu yang dibuat dua media terbabit iaitu mengatakan bidaan nombor pendaftaran menggunakan duit rakyat.
 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Sendiri komen, sendiri tanggung

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...