Pengikut

Sabtu, 30 Jun 2012

Final EURO 2012 : SPAIN vs ITALY

Salam 1Malaysia,






Menjelang sepak mula final Euro 2012 di antara Spain dan Italy pada awal pagi Isnin nanti, pastinya menimbulkan perdebatan yang hangat.


Italy yang tidak dijangka mara ke final kerana masalah rasuah yang berlaku di Italy telah berjaya menundukkan calon final edisi kali ini iaitu Jerman.


Masalah rasuah tidak meninggalkan kesan kepada pemain Italy untuk mereka mara ke final bertemu SPAIN!


Namun begitu, Spain pasti ada cara tersendiri untuk menewaskan Italy di final kali ini. Pada perlawanan pertama peringkat kumpulan C, Spain dan Italy terikat satu sama hasil jaringan De Natale dan Cesc Febregas.


Gerard Pique akan memastikan Mario Balotelli tidak bergerak bebas.






Brobecx memilih SPAIN akan menjuarai final Euro 2012 kali ini!!!! 


VIVA ESPANA!!









Jumaat, 29 Jun 2012

PENGUNDI HANTU DITEMUI!!??

Salam 1Malaysia,







Pengundi hantu yang didakwa oleh pembangkang akhirnya telah dapat ditemui. Sekumpulan penyiasat dari blogger puak pakatan telah menemui seorang pengundi hantu di Kuala Lumpur. 


Dahsyat jugak puak pembangkang ni buat siasatan, mengalahkan polis.


Kah Kah Kah!!


Diberitakan pengundi hantu itu berasal daripada Jepun dan telah menetap di Malaysia serta layak mengundi.!!


SPR kantoi lagi sekali dengan puak pakatan..Keh keh keh..













p/s : kalau dah bahlol tu memang bahlol... 





Ahad, 17 Jun 2012

Emosi Nazmi Faiz Terganggu Gara-Gara Gossip?

Salam 1Malaysia,


Pada perlawanan persahabatan petang tadi ketika Malaysia U22 menewaskan Qatar U22 dengan jaringan dua gol berbalas kosong berlaku perkara yang tidak dijangka iaitu Nazmi Faiz Mansor telah mendapat kad merah.


Bukan isu kad merah yang ingin dibangkitkan tetapi mengapa perubahan sikap Nazmi terjadi sedemikian rupa? Nazmi dikenali dengan perwatakan yang penyabar dan cool di atas padang.


Tetapi pada perlawanan petang tadi, perubahan begitu ketara kelihatan pada Nazmi Faiz Mansor.


Pasti ada sebab utama. Menurut Ong Kim Swee "Ada sesuatu yang menganggu emosinya sejak pagi tadi"


Apakah gangguan yang dimaksudkan?


Di facebook berlegar-legar cerita mengenai laporan Harian Metro yang menjadikan isu Nazmi sebagai muka depan surat khabar tersebut.


Adakah ini penyebab terganggunya emosi Nazmi Faiz Mansor? Anda nilaikan.




 Gua harap semua surat khabar tolong lah jangan ganggu pemain-pemain Malaysia dengan isu-isu sebegini! Mereka masih muda dan masih banyak perlu belajar menyerap tekanan. Tak perlu nak bongkar hal dalam kain mereka. Cukuplah anda melariskan surat khabar anda dengan perkara baik-baik.


p/s : dah la kena hadapi tekanan dalam padang, luar padang pun nk bagi tekanan jugak?


Sabtu, 16 Jun 2012

Debat Najib dan Anwar?

Salam 1Malaysia,

gambar ILUSI semata-mata..

Adeyyy chittt... 

Gua rasa tak ada guna untuk Najib berdebat dengan Anwar. 

Anwar akan gunakan pentas debat untuk berceramah tentang pakatan rakyat, bukannya dia nak berdebat sangat pun. Tengok Rafizi debat hari tu pun dah tahu.

Sekiranya debat ini berlaku, sudah pasti Anwar yang akan menang dan Najib akan kalah.

KERANA apa?

Kerana Anwar hanya petah berkata-kata tetapi kerja tak jalan.

Nak contoh?




Berbanding dengan Najib walaupun tidak secekap Anwar dalam berkata-kata namun tidak pernah mungkir janji dalam setiap apa yang diperkatakannya.

Maksudnya, tak banyak cakap tapi kerja jalan!


p/s : tak payah berdebat sangat la...kerja yang penting..




Selasa, 12 Jun 2012

Edisi WWW1 : Nizar mula akur?

Salam 1Malaysia,






Setelah di asak depan belakang, nizar lambai mula bertindak untuk mengadap Sultan Johor Sultan Ibrahim.


Mungkin kerana risau seteleh melihat ribuan rakyat Johor tetap berdiri teguh di belakang Sultan Johor.








Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin akan memohon mengadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Ismail dan bersedia meminta maaf supaya kontroversi isu bidaan nombor pendaftaran WWW 1 yang berlaku dapat dihentikan.
Beliau akan menghantar surat memohon mengadap kepada sultan Johor pada bila-bila masa sahaja.
“Surat akan dimajukan kepada istana, untuk kita kemukakan permohonan mengadap,” katanya dalam sidang media di lobi Parlimen, hari ini.
Ketika ditanya mengapa beliau mahu memohon maaf, sedangkan beliau sendiri mempertahankan kenyataan ‘tweetnya’ langsung tidak menggambarkan penghinaan kepada Sultan Johor, beliau berkata itulah sifatnya sebagai seorang rakyat.
Katanya, tidak salah untuknya memohon maaf dan itu merupakan sifat yang mulia.
Terdahulu, Nizar menyatakan pandangan sebagai seorang rakyat di dalam ‘tweet’ dan tidak bermaksud untuk mempertikaikan tindakan Sultan Ibrahim Ismail menawarkan bidaan tertinggi sebanyak RM520,000 sebaliknya kenyataan itu dibuat secara umum.
“Itu hanya pandangan saya sebagai rakyat biasa yang melihat senario di negara ini bahawa masih ramai yang hidup dalam kesempitan dan memerlukan perhatian,” katanya.
Sementara itu, beliau tidak teragak-agak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap akhbar Utusan dan TV3 kerana telah membuat tuduhan palsu ke atasnya.
Tindakan itu, katanya berlandaskan kenyataan palsu yang dibuat dua media terbabit iaitu mengatakan bidaan nombor pendaftaran menggunakan duit rakyat.
 


Ahad, 10 Jun 2012

Taktik Reverse Psychology Cyber Pembangkang

Salam 1Malaysia,


Nampaknya pihak pembangkang mula bermain taktik kotor memburukkan UMNO/Barisan Nasional. Mereka menggunakan "nickname" yang kelihatan seperti orang UMNO dan melakukan provokasi di blog pembangkang.


Kononnya orang UMNO yang menghantar komen tersebut, maka orang akan ingat penyokong UMNO yang bersikap sedemikian.


Nampak game mereka? Taktik yang sungguh kotor digunakan.


Mereka (penyokong pembangkang) menghantar komen makian dan cacian tetapi menggunkan nickname yang burukkan pemimpin mereka sendiri seperti "matgay".


Secara tidak langsung, penyokong pembangkang atau atas pagar akan menganggap penyokong UMNO yang menghantar komen tersebut.


Reverse psychology!!


Kepada mereka di atas pagar, janganlah anda percaya bulat-bulat komen yang dihantar menggunakan "nickname" yang ragu-ragu.






Oiii milosuam, tapis-tapis la sikit komen di blog kau tuh!!

Sabtu, 9 Jun 2012

Edisi WWW1 : Nizar Tersentap

Salam 1Malaysia,






Nizar lambai temberang kata www1 daftar atas kereta mewah..





Sebenarnya di daftar atas kereta nasional (Proton)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...