Pengikut

Selasa, 8 Februari 2011

Tun M Pernah Digelar MahaFiraun.

Assalamualaikum semua...


Tadi aku dok tengah merayau dekat blog GAP. Aku terbaca satu artikel bro GAP iaitu 

PSYWAR LEMAH MALAYSIKINI :TUN MAHATHIR TOKOH ISLAM MACHIAVELLI. KLIK


Apa yang menariknya, Tun M masih menerima tamparan hebat dan kutukan hebat daripada pembangkang. Walhal sebelum ini, beliau lah yang membangunkan negara kita. 

Nampak gayanya Tun Mahathir jelas berjaya menakutkan puak-puak Pakatan Rakyat termasuk PAS sehingga beliau pernah dilabel MahaFiraun.

Brobecx masih teringat suatu perkara ketika masih menuntut di sebuah IPTA. Seorang ustaz yang merupakan orang kuat PAS mempertahankan PAS apabila Brobecx bertanyakan soalan kepada beliau. " Kenapa Pas mengatakan UMNO kafir sebab menubuhkan kerajaan dengan bukan Islam?" tanya Brobecx kepada ustaz tersebut. 

Jawapan ustaz tersebut "zaman Nabi dulu pun, Rasulullah meminta pertolongan orang bukan Islam untuk pergi berperang asalkan orang bukan Islam itu boleh dipercayai" balas ustaz itu ringkas. 

Persoalannya yang Brobecx timbulkan tadi masih belum dijawap oleh ustaz berkenaan. Mungkin ustaz berkenaan sudah buntu memikirkan jawapan untuk dibalas sebab itu golongan yang alim ulama sekarang banyak yang dah tinggalkan Pas kerana mereka mempolitikan agama.

Berkaitan gelaran yang Tun M terima iaitu MahaFiraun. Ustazah Brobecx juga pernah menyelar mereka yang menggelarkan Tun M sebagai MahaFiraun. Walaupun ustazah berkenaan nampak lebih kepada Pas dalam menghentam kerajaan tapi Brobecx amat terkejut kerana ustazah itu masih menghargai jasa Tun M. 

"Depa yang dok gelar Tun M sebagai MahaFiraun tu pun bukan betul, depa bukan tak tau jasa Tun M kepada negara. Kalau tak ada dia, negara kita tak macam ni la ni. Yang dok mengata tu lagi teruk." kata ustazah.

Brobecx berasa bersyukur kerana ramai alim ulama yang sedar akan sikap Pas dan Pakatan Rakyat yang sebenar. Akibat perbuatan mereka, dan mulut celupar mereka sendiri ramai orang tidak lagi mempercayai mereka.

Takbir 
Allah hu akbar!!

4 ulasan:

  1. salam brobecx.
    semoga semua ini menjadi kenyataan,
    org ulama` perlu berada dalam UMNO.

    BalasPadam
  2. apa la yang bguihhh sgt tun m tu. setakat perabih duit rakyat buat KLCC baiik x payah.

    BalasPadam
  3. elok gak buat bangunan tinggi tinggi ni...walaupun tak penuh lagi , at least org luar tahu dan nak dtg tengok...(aku ada member ramai kat oversea, nak tengok KLCC..dari pada berpuluh tahun memerintah, sebijik mesjid pun x buat, balak habis, hutan gondol, patung budha mencanak canak plak naiknya...baguih ke tu??

    BalasPadam
  4. anon 01:10

    biar la perabih duit utk sementara, benda tu pasti ada pulangan yg lumayan. bukan dok bina patung yang besar-besar di Kelate tu.

    BalasPadam

Sendiri komen, sendiri tanggung

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...