Pengikut

Ahad, 17 Jun 2012

Emosi Nazmi Faiz Terganggu Gara-Gara Gossip?

Salam 1Malaysia,


Pada perlawanan persahabatan petang tadi ketika Malaysia U22 menewaskan Qatar U22 dengan jaringan dua gol berbalas kosong berlaku perkara yang tidak dijangka iaitu Nazmi Faiz Mansor telah mendapat kad merah.


Bukan isu kad merah yang ingin dibangkitkan tetapi mengapa perubahan sikap Nazmi terjadi sedemikian rupa? Nazmi dikenali dengan perwatakan yang penyabar dan cool di atas padang.


Tetapi pada perlawanan petang tadi, perubahan begitu ketara kelihatan pada Nazmi Faiz Mansor.


Pasti ada sebab utama. Menurut Ong Kim Swee "Ada sesuatu yang menganggu emosinya sejak pagi tadi"


Apakah gangguan yang dimaksudkan?


Di facebook berlegar-legar cerita mengenai laporan Harian Metro yang menjadikan isu Nazmi sebagai muka depan surat khabar tersebut.


Adakah ini penyebab terganggunya emosi Nazmi Faiz Mansor? Anda nilaikan.




 Gua harap semua surat khabar tolong lah jangan ganggu pemain-pemain Malaysia dengan isu-isu sebegini! Mereka masih muda dan masih banyak perlu belajar menyerap tekanan. Tak perlu nak bongkar hal dalam kain mereka. Cukuplah anda melariskan surat khabar anda dengan perkara baik-baik.


p/s : dah la kena hadapi tekanan dalam padang, luar padang pun nk bagi tekanan jugak?


1 ulasan:

  1. harap nazmi tenang selalu. tak perlu layan semua tu.

    -ultras-

    BalasPadam

Sendiri komen, sendiri tanggung

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...