Salam,
Ramai anak muda Islam yang semakin tersesat kerana melakukan perbuatan syirik. Apa itu syirik?
Syirik adalah perbuatan menyekutukan Allah dalam apa juga bentuk sama ada perkataan, pegangan, perbuatan dan iktiqad iaitu dengan menjadikan suatu yang lain iaitu makhluk bernyawa atau tidak sekutu bagi Allah.
Menyekutukan Allah jelas dianggap syirik apatah lagi perbuatan mengaku diri sebagai tuhan. Lebih mengundang bahaya apabila golongan ini ada di dalam masyarakat sama ada diketuai orang Islam atau bukan Islam.
Firman Allah yang bermaksud: “Bahawasanya, sesiapa yang mempersekutukan Allah dengan sesuatu yang lain, maka sesungguhnya Allah haramkan kepadanya syurgadan tempat kembalinya ialah ke neraka.” – (Surah al-Ma’idah, ayat 72)
Firman-Nya lagi yang bermaksud: “Bahawa sesungguhnya Allah tidak akan mengampunkan dosa seseorang yang syirik kepadanya dan Allah akan mengampunkan kepada sesiapa yang Dia kehendaki iaitu selain dari dosa syirik. Barang siapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar.” – (Surah an-Nisa’, ayat 48) - Wikipedia
Pengetahuan semua, di Facebook semakin banyak anak muda makin terjerumus ke lembah ini. Banyak mantra-mantra yang diberikan kepada mereka dan secara tidak langsung boleh mengakibatkan syirik.
Antara kandungan perbincangan mereka adalah untuk mengambil hati bekas kekasih masing-masing, mantra menjadi halimunan dan lain-lain lagi..
Kembalilah kepangkal jalan..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Sendiri komen, sendiri tanggung