Pengikut

Selasa, 17 Mei 2011

Wajib BACA :RON95 Naik? Tolong Fikirkan Rakyat.

Salam 1Malaysia....


Heboh sekarang isu minyak naik harga, dan yang paling melompat sakan adalah puak-puak pembangkang. Walaupun blogger pro-BN banyak isu untuk di perdebatkan namun setelah timbul isu minyak ini, segala isu tersebut tidak laku lagi untuk dijual.


Cukup mudah untuk kita fahami isu ini, sebagai contoh. Isu video seks Anwar, walaupun digembar-gemburkan, tetapi ianya tidak memberi kesan kepada kehidupan rakyat. Tetapi isu minyak ini, sangat memberi kesan kepada rakyat. 


Jadi, dalam situasi ini pakatan rakyat mudah untuk memenangi hati rakyat kerana rakyat sudah letih dengan kerajaan sedia ada yang masih menaikkan harga minyak. 


MARI KITA SEMUA MENDESAK ISMAIL SABRI MEMBUAT KEPUTUSAN YANG SEWAJARNYA UNTUK RAKYAT. 


Kita desak cara elok, bukan cara pembangkang yang dok terbalikkan gambar najib minta minyak turun. Depa tu tak ada akai, jangan jadi macam depa. Kita buat cara orang bijak sebab kita bijak. 


Kalau kerajaan masih menaikkan harga minyak, bermakna sia-sia usaha blogger memenangi hati rakyat selama ini. Usaha tersebut dicantas begitu sahaja. Rakyat yang sedang rancak menyokong kerajaan juga pasti akan tarik hand-brake secar mengejut kerana minyak dah naik, kereta pun susah nak jalan. Tarik hand-brake tinggi-tinggi. 



3 ulasan:

  1. Berita baik! Harga minyak akan naik lagi!
    Kongsi531
    GUA malas nak cakap banyak, gua cuma nak ucapkan tahniah kepada gerombolan songkok tinggi. Kerana sokongan padu lu orang semua yang kaya raya mengalahkan bill gate, lu dapat hadiah dari kerajaan yang baik hati dan mendahulukan rakyat. Harga minyak akan dinaikkan lagi maka lu orang kena stanby!

    Kepada rakyat yang belum masuk ahli UMNO sila daftar segera, di cawangan-cawangan UMNO berhampiran untuk mendapatkan diskaun harga minyak. Harga minyak mahal kepada penyokong Pakatan Rakyat sahaja, ahli UMNO akan dapat harga murah, kalau lu orang bernasib baik lu orang akan dapat free minyak sebab jadi ahli UMNO [Utusan].


    Tak sia-sia lu orang sokong UMNO, lu sendiri dapat diskaun harga minyak kah kah kah padan muka lu orang kah kah kah. Kepada gerombolan songkok tinggi cepat, cepat pergi celup kepala kat longkang muahahaha...


    "Rakyat nak mati, nak mampos anak gajah tetap gemok kedempol"

    BalasPadam
  2. desak Ismail Sabri letak jawatan kalau banyak menyusahkan rakyat. Aku kompom BN akan tewas PRU akan datang kalau ada menteri mcm haram jadah ni. tak pikir kesempitan rakyat. kami golongan pendapatan kecil, pekerja swasta yang tak pernah dapat bonus, takpernah naik gaji nak makan apa? penah ka hampa pikir pasal mcm mana nak tolong golongan swasta yang selalu kena tindas????

    BalasPadam
  3. jangan kita salahkan ismail sabri seorang saja, seluruh kerajaan bn-umno wajar dipersalahkan kerana masih lagi menjadikan rakyat sebagai mangsa keatas kegagalan mereka merancang ekonomi negara, semua sudah tahu minyak adalah nadi kepada rakyat untuk bergerak, tapi kenapa masih mahu bebankan rakyat dengan kenaikan harga minyak, tidak ada cara lainkah lagi untuk difikirkan bagi mengelakkan rakyat terus menanggung beban, walaupun aku penyokong tegar bn, tapi sudah mula terasa hati, mengapa kita perlu tanggung beban membeli minyak dgn harga yang tinggi, dahulu guna ron97 dgn harga ron95 sahaja, sekarang dh kasi ron95 pn harga nk dinaikkan lagi.. fikir2kan rakyat wahai pemimpin.. tunjukkan dan buktikan yang slogan Rakyat didahulukan itu benar2 dilakukan.

    BalasPadam

Sendiri komen, sendiri tanggung

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...